SYARAT KELAYAKAN MYKASIH: SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Lenih daripada 7300 buah kedai runcit dan pasaraya yang menawarkan khidmat pembelian menggunakan bantuan MyKasih di seluruh Malaysia. Orang ramai kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli di mana-mana kedai berbanding sebelum ini yang amat terhad.
Apakah syarat kelayakan MyKasih? Ikuti senarai maklumat yang dinyatakan di bawah.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
Bantuan MyKasih ini memerlukan seseorang individu tersebut mempunyai beberapa kriteria seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
AMAUN BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN
Penyaluran bantuan ini setiap bulan untuk kategori yang berlainan adalah seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan sehingga RM2,100, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM200 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan sehingga RM1,650, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM150 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Bujang (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan RM600 sepanjang tahun, dengan bayaran RM50 sebulan dari Januari hingga Disember.
- Kategori Isi Rumah (STR sahaja):
- Bantuan sebanyak RM900, dibayar RM100 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja):
- Bantuan sebanyak RM450, dibayar RM50 sebulan dari April hingga Disember.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Sumbangan Asas Rahmah atau bantuan SARA MyKasih ini telah mula disalurkan mulai 1 April 2025 sehingga 31 Disember 2025.
Duit bantuan akan dimasukkan pada setiap bulan bermula pada 1 haribulan ke dalam MyKad penerima masing-masing di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH
Anda boleh melakukan semakan status masing-masing dengan merujuk dua kaedah di bawah:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
CARA SEMAKAN BAKI MYKASIH
Anda juga boleh membuat semakan baki bantuan MyKasih dengan melayari portal rasmi MyKasih di https://app.my kasih.net/sara2/checkstatus atau dengan menyemak resit pembelian yang diterima selepas transaksi.
PANDUAN MENGGUNAKAN SISTEM MYKASIH
Umum sudah maklum bahawa penyaluran bantuan MyKasih adalah melalui kad pengenalan penerima masing-masing. Berikut merupakan cara penggunaannya untuk membuat sebarang pembelian:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label My Kasih di rak.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
- Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
- Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
- Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.
SENARAI KELAYAKAN BARANGAN MYKASIH
Berikut merupakan barangan yang layak dan boleh dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
- Barangan kebersihan rumah (contoh: sabun, serbuk pencuci pakaian, pinggan mangkuk, lantai)
Barangan ini telah dilabel khas untuk memudahkan penerima mengenal pasti barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan My Kasih.
Beberapa barangan kebersihan rumah sudah ditambah dalam kategori barangan berdaftar di bawah SARA bermula 1 Mei 2025.
Contoh barang yang boleh dibeli dibawah kategori Barangan Kebersihan Rumah ialah sabun/serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]