SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN : STR FASA 4 2025
Kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan bagi bantuan STR kepada tahap yang tertinggi dalam sejarah setakat ini iaitu sebanyak RM13 bilion berbanding pada tahun lepas sebanyak RM10 bilion.
Hal ini merupakan berita baik untuk rakyat kerana lebih ramai lagi akan mendapat manfaat daripada bantuan ini di samping membantu rakyat yang dalam kesempitan ekonomi dek kerana kos sara hidup yang kian meninggi pada masa kini.
Bagaimanakah Sumbangan Tunai Rahmah semakan? Ikuti perkembangan semasa mengenai info-info penting bantuan ini di bawah.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR
Beberapa kategori seperti berikut adalah yang membezakan kadar bantuan yang disalurkan untuk setiap penerima:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
SEMAK STATUS PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Panduan berikut haruslah dirujuk untuk membuat semakan status penerima dan juga maklumat pembayaran bantuan:
- Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk ke MySTR:
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan STR 2025 untuk fasa keempat ini akan disalurkan pada November 2025. Kami akan kemaskini semula sejurus sahaja tarikh rasmi dihebahkan kelak. Penyaluran bantuan akan diberikan secara berperingkat kepada penerima.
SEMAKAN KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Pembayaran bantuan STR ini adalah secara tunai kepada penerima dan menggunakan dua kaedah seperti berikut bergantung kepada jenis penerima tersebut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
- Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
- Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
AMAUN BAYARAN STR FASA 4 2025
Penyaluran bantuan bagi fasa keempat iaitu fasa yang terakhir adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM200 – RM700 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM350 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]