SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 : SEMAKAN STATUS 2025

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 : SEMAKAN STATUS 2025

Bantuan tunai seperti STR amat memberi manfaat kepada penerima yang tengah lelah dalam menghadapi kegawatan ekonomi pada abad ini.

Kos sara diri yang semakin meninggi kini membuatkan semua bantuan yang diadakan oleh kerajaan amat menggembirakan hati rakyat yang layak menerimanya sebagai penguat semangat untuk meneruskan kehidupan.

Bagaimanakah Sumbangan Tunai Rahmah fasa? Ikuti semua info dan maklumat terkini yang dikongsikan dibawah.

BACA JUGA: CARA SEMAKAN BUDI95

PENGENALAN BANTUAN STR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai bantuan STR pada tahun ini telah dinaikkan jumlah penyalurannya ekoran peruntukkan tertinggi setakat ini telah diluluskan oleh kerajaan.

Peruntukkan sebanyak RM13 bilion telah diberi untuk disalurkan kepada hampir 60% rakyat Malaysia yang disenaraikan sebagai miskin dan miskin tegar serta golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Tambahan pula, pada tahun 2025 juga kerajaan telah menambahbaik program bantuan iaitu dengan melancarkan Sumbangan Asas Rahmah secara bulanan khas untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Berikut merupakan syarat dan kategori kelayakan untuk penerima bantuan:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Rujuk kaedah bantuan disalurkan kepada penerima yang layak menerima bantuan:

  1. Kredit ke Akaun Bank
    • Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
    • Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.

Penerima di kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.

PENTING: Sebelum melakukan penunaian di kaunter BSN, penerima perlu menyemak status kelulusan masing-masing di portal rasmi STR untuk memastikan layak menuntut tunai.

TARIKH PENYALURAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Bayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2025. Sehingga kini tarikh rasmi belum diumumkan dan akan kami kemaskini kelak. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : 12 Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

SEMAK STATUS PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4

Turuti langkah-langkah berikut untuk melakukan semakan status penerima bantuan:

  1. Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log Masuk ke MySTR:
  3. Klik butang Log Masuk MySTR.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
  5. Tekan butang Log Masuk.
  6. Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
  7. Masukkan kata laluan MySTR anda.
  8. Semakan Status dan Butiran Bayaran.
  9. Pilih menu “Semakan Permohonan”
  10. Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.

TARIKH PENUTUPAN PERMOHONAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT

Kerajaan telah memaklumkan bahawa tarikh penutupan untuk permohonan dan kemas kini maklumat bagi kelayakan Fasa 4 adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 30 September 2025 (Selasa)
  • Masa: 5.00 Petang

Pastikan anda telah mengemas kini maklumat atau membuat permohonan sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan bagi memastikan anda layak menerima STR Fasa 4.

TERLUPA KATA LALUAN

Turuti langkah berikut untuk mendapatkan kata laluan yang baru:

  1. Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan“
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
  9. Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

RUJUKAN

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747. Kami di sini hanya berkongsi maklumat dan info yang sahih bagi memudahkan para pengguna membacanya di sini.

Leave a Comment