SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN (BANTUAN SARA)
Secara keseluruhan untuk tahun 2026 ini, bantuan SARA secara bulanan telah melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2025.
Bantuan SARA secara bulanan untuk tahun 2025 telah menunjukkan prestasi perbelanjaan hampir 100% oleh penerima yang mana amat memberangsangkan, termasuk di kawasan luar bandar.
Bagaimanakah Sumbangan Asas Rahmah 2026 one off? Ikuti lagi info-info terkini yang ada dibawah.
BACA JUGA: BANTUAN SKAS 2026
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF
Semua rakyat yang memiliki kelayakan seperti berikut adalah layak untuk menerima bantuan yang disalurkan ke MyKad penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan:
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Umur | Bermula 18 tahun dan ke atas |
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah secara ONE-OFF ini adalah automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF
Bantuan SARA one off sebanyak RM100 akan disalurkan kepada semua penerima berkelayakan pada 9 Februari 2026 ke dalam kad pengenalan masing-masing.
Hal ini dilaksanakan pada bulan Februari kerana sebagai membantu rakyat untuk membuat persiapan bagi bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
KAEDAH BANTUAN DISALURKAN
Penyaluran bantuan adalah seperti yang ditentukan oleh kerajaan iaitu:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
SEMAK STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF
Rujuk panduan dibawah untuk ketahui status semasa penerima bantuan dan jumlah baki bantuan:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]