STR SEMAKAN MYKASIH : TERKINI 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR SEMAKAN MYKASIH : TERKINI 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan yang disediakan oleh kerajaan telah disalurkan kepada sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita.

Bantuan SARA yang diagihkan bermula 15 Januari 2025 akan dibayar menerusi penggunaan MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar, manakala bantuan STR dibayar mulai April 2025.

Bagaimanakah STR semakan MyKasih? Ikuti maklumat seterusnya dibawah.

BACA JUGA: CARA SEMAKAN PLKN

JUMLAH PENYALURAN BANTUAN

Kadar pemberian bantuan adalah berdasarkan kategori masing-masing dan disalurkan ke kad pengenalan masing-masing:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/
MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

STR SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH

Penerima boleh melayari pautan berikut untuk menyemak baki terkini anda:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

SEMAKAN PANDUAN MEMBELI BARANGAN STR MYKASIH

Barangan keperluan yang ingin dibeli di pasaraya atau kedai runcit berdaftar haruslah berdasarkan proses berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment