STR ONLINE 2026 : FASA 1 SEMAKAN STATUS
Penyaluran bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa yang pertama akan dikreditkan secara berperingkat mengikut akaun bank yang didaftarkan. Selalunya, penerima yang menggunakan Bank Simpanan Nasional akan menerima bantuan dengan cepat.
Namun begitu, sekiranya status anda adalah layak menerima bantuan, anda perlu menunggu sehingga dua ke tiga hari sekiranya bantuan masih belum dikreditkan ke akaun bank. Hal ini kerana penyaluran yang dilakukan adalah secara menyeluruh di semua negeri dan bergantung kepada bank yang digunakan.
Bagaimanakah STR online 2026? Semak status anda dengan merujuk panduan dan info yang disenaraikan di dalam artikel ini.
BACA JUGA: SARA BUJANG 2026
SEMAK STATUS STR ONLINE 2026
Rujuk panduan yang disediakan berikut untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak menjadi penerima bantuan STR 2026 ini:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan akan disalurkan kepada penerima melalui dua kaedah sahaja iaitu:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
TARIKH PENYALURAN STR ONLINE 2026
Bantuan STR 2026 ini akan disalurkan mengikut fasa yang telah pun ditetapkan tarikh pengkreditannya iaitu:
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
JUMLAH BAYARAN STR 2026
Bayaran bantuan kepada penerima mengikut kategori kelayakan adalah seperti berikut untuk rujukan:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1-2 : RM1,200 Anak 3-4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1-2 : RM300 Anak 3-4 : RM400 Anak 5 dan Ke atas : RM500 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 | Tiada (0) Anak : RM100 Anak 1 hingga 2 : RM100 Anak 3 hingga 4 : RM150 Anak 5 dan Ke atas : RM200 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 | RM150 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]