STR FASA 4 SEMAKAN (2025 BANTUAN)
TERKINI!! Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa keempat telah diawalkan daripada jadual pembayaran yang dinyatakan sebelum ini.
Hal ini dihebahkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini. Pengkreditan akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima bergantung kepada jenis penerima tersebut.
Bagaimanakah STR fasa 4 semakan? Ikuti maklumat terkini dibawah.
BACA JUGA: CARA SEMAKAN BUDI95
TARIKH PENYALURAN STR FASA 4
Sewaktu pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan STR bagi fasa 4 akan diawalkan iaitu mula dibayar pada 18 Oktober 2025, Sabtu ini.
Penyaluran akan dilakukan secara berperingkat dan bergantung kepada jenis penerima tersebut sama ada mempunyai akaun bank sendiri atau tidak.
SEMAKAN WAKTU BAYARAN STR
Pembayaran dilakukan oleh setiap bank biasanya adalah berbeza bergantung kepada akaun bank tersebut. Penerima boleh merujuk kepada senarai bank berikut untuk ketahui waktu lazim bagi penyaluran berlaku:
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
Walaupun begitu, waktu bayaran akan masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu dan penerima dinasihatkan untuk menyemak secara berkala.
KADAR BAYARAN STR FASA 4
Setiap kategori bagi bantuan STR akan menerima jumlah bayaran yang telah pun ditetapkan daripada awal bantuan mula disalurkan dahulu. Fasa keempat ini merupakan pembayaran terakhir dan baki kepada jumlah keseluruhan bayaran yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah untuk ketahui amaun bayaran anda pada fasa ini:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM200 (Tiada anak) RM350 (1-2 anak) RM500 (3-4 anak) RM700 (5 anak ke atas) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 (Tiada anak) RM200 (1-2 anak) RM250 (3-4 anak) RM350 (5 anak ke atas) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA PENYALURAN BANTUAN STR
Pengkreditan bantuan STR 2025 ini adalah menggunakan dua kaedah seperti berikut bergantung kepada status penerima tersebut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
- Bagi pemohon kategori bujang, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.
- Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
STR FASA 4 SEMAKAN STATUS PENERIMA
Berikut merupakan panduan untuk penerima membuat semakan mengenai status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa 4 ini:
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan ini https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pada halaman utama Portal, Klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOGIN PORTAL STR
Sekiranya anda mengalami masalah dalam log masuk portal rasmi STR atau terlupa kata laluan, anda boleh ikuti panduan berikut untuk menyelesaikannya:
- Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]