STR FASA 4 2025 : SEMAKAN
Program bantuan kewangan yang dinamakan sebagai Sumbangan Tunai Rahmah 2025 atau STR diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu inisiatif Bantuan Rahmah bagi membantu golongan yang memerlukan, terutamanya golongan B40 dan M40.
Kini, penyaluran bagi fasa pertama sehingga ketiga sudah pun berjaya disalurkan kepada penerima yang berkelayakan mengikut kategori yang diluluskan masing-masing.
Bagaimanakah STR fasa 4 2025? Teruskan pembacaan sehingga ke akhir artikel ini bagi mengetahui maklumat terkini.
BACA JUGA: CARA GUNA MYKASIH
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Setiap individu yang memenuhi syarat berikut adalah layak untuk menjadi penerima bantuan ini:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 4 2025
Apabila anda memiliki semua syarat-syarat di atas tadi mengikut kategori, anda digalakkan membuat semakan status seperti panduan berikut:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Rujuk rajah berikut untuk ketahui kadar bayaran bagi keseluruhan untuk penerima mengikut kategori:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM600 |
TARIKH PENYALURAN STR FASA 4 2025
Tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 4 bgai Sumbangan Tunai Rahmah 2025 belum diumumkan lagi oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat atau hebahan terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini sejurus sahaja didedahkan oleh Kementerian Kewangan.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]