STR FASA 3 BUJANG : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS

STR FASA 3 BUJANG : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS

Sumbangan Tunai Asas Rahmah merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan dengan kategori yang telah ditetapkan. Pembayaran bantuan ini juga adalah secara berfasa.

Bilakah STR fasa 3 bujang? Ikuti info serta maklumat berikutnya dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN LAPTOP PERCUMA SWITCH

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Berikut merupakan syarat yang ditetapkan:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 BUJANG

Pembayaran untuk bantuan STR fasa 3 masih belum diumumkan tarikh penyaluran oleh kementerian. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat hebahan akan kami kemaskini secepat mungkin.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN

Berbeza dengan bantuan SARA, bantuan STR adalah secara tunai dan terus kepada penerima yang layak. Terdapat dua kaedah penerimaan iaitu:

  • Tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Kredit dalam akaun bank penerima

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 BUJANG

Penerima boleh membuat semakan dengan merujuk panduan dibawah:

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment