STR FASA 3 2025 : SEMAKAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Ianya adalah sebahagian daripada inisiatif Bantuan Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40).
Bagaimanakah STR fasa 3 2025? Ikuti maklumat selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN SKAS 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Kelayakan berikut adalah syarat yang diperlukan untuk memohon bantuan ini:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025
Rujuk panduan berikut untuk membuat semakan status mengenai bantuan STR:
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]