STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SECARA ONLINE

STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SECARA ONLINE

Kerajaan sebelum ini ada maklumkan bahawa bagi tahun 2025, peruntukkan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dinaikkan kepada tahap yang tertinggi dalam sejarah.

Pembaharuan ini melibatkan dana sebanyak RM 13 biliion berbanding RM 10 bilion sebelum ini dan akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

Bagaimanakah STR fasa 3? Sila ikuti penjelasan selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN SKAS 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kriteria berikut merupakan syarat yang perlu ada pada penerima bantuan:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3

Penerima boleh membuat semakan dengan berpandukan langkah berikut:

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR FASA 3

Bantuan akan disalurkan kepada penerima dengan kaedah berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR FASA 3
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment