STR BUJANG FASA 4 (SEMAKAN STATUS 2024)
Bantuan belanjawan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan sahaja terbuka untuk kategori isi rumah, malah untuk kategori bujang juga. Kadar bayaran ini diberikan sesuai dengan kategori dan jumlah pendapatan sekiranya permohonan diluluskan. Pemohon yang bujang turut akan mendapat STR sehingga fasa keempat dan tarikh pengagihan untuk fasa terakhir ini akan dimaklumkan semula oleh kerajaan secara rasmi.
Tarikh rasmi pengagihan STR Fasa 4 adalah pada bulan November 7 Hari Bulan 2024.
Apa itu STR Bujang Fasa 4? Ikuti panduan lengkap semakan status 2024 online di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT (FASA 3 2024)
KELAYAKAN STR BUJANG
Bagi pemohon yang ingin membuat rayuan untuk STR Bujang, boleh rujuk syarat kelayakan berikut untuk melayakkan diri memperoleh bantuan kerajaan. Antara kelayakan yang ditetapkan ialah:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
BAYARAN STR BUJANG FASA 4
Pemohon yang berstatus bujang dan berpendapatan kurang daripada RM 2,500 akan mendapat jumlah bayaran bantuan tunai ini sebanyak RM 350.
Untuk Fasa 1 dan 2 masing-masing telah diagihkan bayaran sebanyak RM 100. Manakala bagi Fasa 3 pula, pemohon akan menerima wang bantuan sebanyak RM 50. Baki selebihnya akan dimasukkan dalam tempoh STR Fasa 4 akan datang.
SEMAKAN STR BUJANG FASA 4
Status bantuan STR Bujang boleh disemak secara online seperti di bawah:
- Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
- Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
- Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
- Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
- Periksa status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak bertanggungjawab di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]
Selama 2020-2024 ni saya tak lagi bekerja sebab sakit dan pernah dihantar ke bukit padang di kota Kinabalu Sabah Malaysia.
Saya lulus ka bantuan str
Bantuan str fasa 4