STR 2026 JUMLAH BAYARAN FASA 1
Setakat ini, jumlah bantuan STR 2026 untuk fasa 1 belum lagi diumumkan oleh pihak kerajaan. Semua penerima yang berkategori isi rumah untuk B40 dan M40 serta warga emas tanpa pasangan akan mendapat sejumlah bantuan yang dikreditkan ke dalam akaun bank penerima masing-masing.
Bagi kategori bujang pula, bayaran untuk bantuan STR 2026 telah digantikan dengan bantuan SARA. Maka, tiada penyaluran secara tunai ke dalam akaun bank penerima.
Berapakah STR 2026 jumlah bayaran? Ikuti info terkini yang disediakan khas untuk anda di bawah.
BACA JUGA: BANTUAN SARA BULANAN 2026
DAFTAR AKAUN BAHARU MYSTR 2026
Akaun baharu untuk MySTR bagi sesi 2026 perlu didaftar terlebih dahulu oleh semua penerima. Hal ini bagi memudahkan proses penyaluran dijalankan nanti. Rujuk panduan berikut untuk melakukannya:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAK STATUS STR 2026 JUMLAH BAYARAN
Status penerima boleh disemak dengan mengikuti panduan yang disediakan seperti dibawah:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH JUMLAH BAYARAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah 2026 bagi Fasa 1 akan mula diagihkan pada 20 Januari 2026 iaitu Selasa.
Penerima perlu menyemak status masing-masing dan memastikan akaun bank yang didaftarkan adalah aktif. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang terdekat.
JUMLAH BAYARAN STR 2026 KESELURUHAN
Penyaluran bantuan STR adalah secara berfasa. Jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk tahun ini adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima akan disalurkan bantuan secara tunai mengikut kaedah seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]