STR 2025 BUJANG : SEMAKAN (FASA 3)

STR 2025 BUJANG : SEMAKAN (FASA 3)

Rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan untuk menerima bantuan STR 2025 boleh memohon untuk mendapat manfaat daripada bantuan ini yang bakal disalurkan kelak pada hujung bulan Julai atau awal bulan Ogos nanti.

Bagaimanakah STR 2025 bujang? Sila ikuti maklumat yang dikongsikan di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

SYARAT KELAYAKAN STR 2025 BUJANG

Individu yang lulus akan kelayakan yang disenaraikan dibawah adalah layak untuk mendapat bantuan yang disalurkan mengikut kategori:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STATUS PENERIMA STR 2025 BUJANG

Status penerima yang memohon boleh disemak melalui pautan rasmi yang disediakan dibawah bersama panduan berikut:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

KADAR PENYALURAN BANTUAN STR 2025

Jumlah pembayaran secara keseluruhan kepada penerima adalah bergantung kepada kategori yang diluluskan masing-masing seperti rajah berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 4 Anak : RM 2,000
5 Anak Keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 4 Anak : RM 1,000
5 Anak Keatas : RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 600

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN

Pembayaran bagi Fasa Pertama dan Kedua telah pun dilaksanakan sebelum ini. Bagi pembayaran untuk Fasa 3 pula akan diagihkan pada bulan Julai atau Ogos akan datang. Pihak kerajaan akan memaklumkan tarikh tetap secara rasmi dan sebarang pindaan juga akan dihebahkan dari masa ke masa.

Bagi pemohon yang ingin membuat kemaskini permohonan STR, anda boleh memohon untuk Fasa 3 ini. Tarikh hantar borang masih dibuka sehingga 30 Jun 2025 ini di portal rasmi STR.

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN

Penyaluran akan dilakukan secara berfasa dan berperingkat sebagaimana dilakukan sebelum ini seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR FASA 3
Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan
Tiada Akaun Bank
(termasuk di Sabah, Sarawak
dan W.P Labuan)
Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment