SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH : SEMAKAN 2025 ONLINE

SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH : SEMAKAN 2025 ONLINE

Program ini dilaksanakan oleh kerajaan Sabah dengan penglibatan beberapa pihak untuk membanteras kemiskinan di negeri ini. Melalui bantuan ini, rakyat yang berkelayakan akan menerima sejumlah dana untuk meringankan bebanan yang ditanggung.

Apakah Sentuhan Kasih Rakyat Sabah? Ketahui info lanjut dibawah ini.

BACA JUGA: TARIKH BAYARAN STR 2025

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan bantuan yang bermatlamat untuk membebaskan rakyatnya daripada kemelut kemiskinan tegar yang dihadapi sejak sekian lama. Setiap isi keluarga yang melengkapi syarat kelayakan yang disenaraikan akan menerima sejumlah bantuan sebanyak RM300 sebulan untuk perbelanjaan seisi keluarga.

Penyaluran bantuan adalah secara berfasa dan berperingkat yang dijalankan secara terperinci bagi memastikan hanya yang berkelayakan dan memerlukan sahaja akan menerima manfaat bantuan ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Seperti jadual berikut, sebanyak empat fasa yang diadakan untuk penyaluran bantuan. Tarikh rasmi bagi penyaluran walaubagaimanapun masih belum diumumkan lagi oleh kementerian.

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Pertama (1)
Januari – Mac
Februari 2025
Kedua (2)
April – Jun
April – Mei 2025
Ketiga (3)
Julai – September
September 2025
Keempat (4)
Oktober – Disember
November 2025

SEMAKAN PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Panduan berikut disediakan untuk penerima yang ingin menyemak status terkini secara dalam talian:

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program SYUKUR akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment