SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025 (FASA 2 RM900)
Rakyat Sabah khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman amat diambil berat mengenai kebajikan mereka dek kerana jurang kemiskinan yang amat membimbangkan kerajaan Sabah.
Bagaimanakah semakan SYUKUR Sabah 2025? Ikuti maklumat seterusnya di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN PELATIH KHIDMAT NEGARA
SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Berikut merupakan syarat yang harus ditepati oleh penerima bantuan:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu (Fasa 1) | Bermula 19 Februari 2025, Rabu |
Dua (Fasa 2) | April – Mei 2025 |
Tiga (Fasa 3) | Ogos – September 2025 |
Empat (Fasa 4) | Oktober – Disember 2025 |
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Jumlah bayaran adalah sebanyak RM900 dan disalurkan untuk tempoh tiga bulan serentak.
Kaedah penyaluran bantuan pula adalah seperti berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Semakan status samada layak atau tidak boleh dilakukan dengan melayari portal rasmi. Ikuti langkah berikut dengan teliti:
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, http://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/