SEMAKAN SUBSIDI PETROL (RON95 2025)
Berita baik buat rakyat Malaysia! YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri serta Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa bermula 30 September 2025 ini, sistem subsidi bersasar petrol RON95 akan dilancarkan untuk manfaat rakyat.
Menurut beliau, semua warganegara tidak mengira pendapatan dan mempunyai lesen memandu yang aktif akan layak menikmati manfaat ini secara automatik.
Bagaimanakah semakan subsidi petrol? Sila ikuti maklumat serta info selanjutnya di bawah.
BACA JUGA: STR FASA 4 2025
PROGRAM BUDI MADANI RON95
BUDI95 atau nama sebenar program ini ialah Budi Madani RON95 yang bakal berkuat kuasa pada 30 September ini merupakan satu mekanisme baharu kerajaan Malaysia untuk memastikan bantuan subsidi petrol sampai terus kepada rakyat yang benar-benar layak.
Rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter bagi subsidi petrol RON95 dengan menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti dan kelayakan seseorang individu itu untuk mengguna pakai bantuan ini di stesen minyak.
Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan di mana sumber negara dapat digunakan secara optimum bagi manfaat rakyat, serta mengurangkan pembaziran subsidi.
Sebelum ini, subsidi petrol diagihkan secara pukal dan semua orang mendapat harga yang sama tanpa mengira tahap pendapatan sedangkan tujuan utama subsidi adalah untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Hal ini mengakibatkan, hampir 40% subsidi turut dinikmati oleh warga asing dan golongan kaya.
Melalui pelaksanaan baharu ini, rakyat yang berkelayakan akan mendapat harga petrol RON95 adalah RM1.99 seliter yang mana lebih rendah daripada harga pukal RM2.05. Pelaksanaan ini bukan sekadar mengekalkan subsidi, malah membuatkan rakyat kini merasa lebih dihargai disebabkan harga petrol mereka lebih murah daripada biasa.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI PETROL RON95
Berikut merupakan senarai kelayakan yang diperlukan bagi menerima subsidi petrol RON95 ini:
- Rakyat Malaysia
- Hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. Warga asing tidak akan layak untuk program ini.
- Kriteria Pendapatan
- Tahap pendapatan yang lebih terperinci, seperti Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) yang direkodkan dalam PADU adalah digunakan. Ini membolehkan mereka yang benar-benar memerlukan, tidak kira dari mana-mana latar belakang sahaja yang mendapat bantuan.
- Pemilik Kenderaan
- Anda perlu memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar.
- Penunggang motosikal berusia 16 tahun ke atas.
- Pekerja gig & belia yang bergantung pada kenderaan untuk harian.
CARA AKTIFKAN SUBSIDI PETROL DALAM MYKAD
Sebelum membuat pengaktifan, anda digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu sama ada MyKad anda boleh digunakan atau tidak. Berikut merupakan cara pengaktifan:
- Daftar & kemas kini maklumat di portal PADU – pastikan pendapatan isi rumah anda direkod dengan tepat.
- Semak status kelayakan subsidi – jika layak, akaun anda akan dihubungkan terus ke MyKad.
- Aktifkan MyKad di JPN (jika perlu) – untuk mereka yang ada MyKad rosak atau lama.
- Sahkan dengan stesen minyak – semasa kali pertama menebus, sistem akan sahkan kelayakan anda.
SEMAKAN CARA PENEBUSAN SUBSIDI PETROL DI STESEN MINYAK
Rujuk langkah berikut untuk ketahui proses penebusan subsidi minyak dengan menggunakan MyKad di stesen minyak:
- Letakkan MyKad di Pam
- Apabila anda tiba di pam minyak, ambil MyKad anda dan masukkan ke dalam terminal pembaca khas yang disediakan.
- Sistem Menyemak Kelayakan
- Sistem akan secara automatik membaca cip MyKad anda dan menyemak kelayakan anda dengan pangkalan data PADU. Ini hanya mengambil masa beberapa saat.
- Paparan Harga
- Jika anda layak, paparan skrin akan menunjukkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter. Anda boleh terus mengisi minyak seperti biasa.
- Buat Bayaran
- Setelah selesai mengisi, anda boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit, atau e-dompet di pam yang sama.
- Jika Tidak Layak
- Jika sistem menunjukkan anda tidak layak, paparan skrin akan memaparkan harga pasaran penuh (dianggarkan RM2.76 seliter). Anda boleh teruskan untuk mengisi minyak pada harga ini atau beralih ke pam yang lain jika anda mahu.
SEMAKAN BAKI TRANSAKSI SUBSIDI PETROL
Setakat ini, butiran penuh mengenai cara semakan dan portal rasmi yang akan digunakan masih belum dihebahkan. Rujuk info berikut mengenai serba sedikit yang akan dilakukan oleh kerajaan kelak:
- Portal MySubsidi
- Sebuah portal web rasmi akan dilancarkan. Anda hanya perlu log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
- Maklumat Transaksi
- Di dalam portal ini, anda boleh melihat sejarah transaksi subsidi petrol anda, jumlah liter yang telah ditebus, dan baki kuota bulanan (jika ada).
- Aplikasi Mudah Alih (akan dilancarkan)
- Semakan cepat melalui telefon pintar.
- E-mel & SMS notifikasi
- Peringatan akan dihantar setiap kali transaksi dibuat.
CARA MUAT TURUN APLIKASI SETEL
Aplikasi Setel boleh digunakan untuk membuat pembayaran untuk pembelian petrol dengan mudah. Rujuk cara berikut untuk muat turun:
- Muat Turun Aplikasi
- Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma dari Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.
- Pendaftaran Akaun
- Setelah aplikasi dipasang, buka Setel dan daftar menggunakan nombor telefon bimbit anda. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
- Sebagai alternatif, anda juga bleh memautkan kad kredit anda kepada akaun, jadi tidak perlu tambah nilai dompet anda kerana setiap pembelian akan dicaj terus ke kad kredit anda.
- Sahkan Akaun
- Untuk mengesahkan akaun, anda hanya perlu klik pada butang ‘Verification’. Imbas MyKad, ambil swafoto dan isi maklumat. Selesai!
KAEDAH PEMBAYARAN SUBSIDI PETROL MENGGUNAKAN SETEL
Aplikasi ini boleh digunakan untuk membuat pembelian dan pembayaran untuk petrol di stesen minyak Petronas dengan merujuk berikut:
- Buka aplikasi setelah anda sampai di mana-mana stesyen PETRONAS. Aplikasi ini akan mengesan stesyen PETRONAS secara automatik menggunakan GPS.
- Klik pada butang “Purchase Fuel”
- Pilih Nombor Pam: Setibanya di stesen PETRONAS, buka aplikasi Setel dan pilih nombor pam yang anda ingin gunakan.
- Tetapkan Amaun Pengisian: Pilih jumlah wang yang ingin anda gunakan untuk mengisi minyak atau pilih pilihan ‘Isian Penuh’ jika ingin mengisi tangki sepenuhnya.
- Sahkan Pembayaran: Masukkan PIN 6 digit anda atau gunakan pengesahan cap jari untuk mengesahkan pembayaran.
- Mulakan Pengisian: Setelah pembayaran disahkan, pam akan diaktifkan. Anda boleh keluar dari kenderaan dan mula mengisi minyak seperti biasa..
TARIKH PELAKSANAAN SUBSIDI PETROL RON95
Rujuk tarikh-tarikh berikut untuk tidak terlepas menikmati subsidi ini:
- Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
RUJUKAN
Penulisan artikel ini hanyalah untuk berkongsi info serta maklumat mengenai bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan di sini adalah dirujuk daripada portal rasmi kerajaan yang seperti disenaraikan berikut. Orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk portal-portal rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
- Portal Rasmi PADU: https://www.padu.gov.my/
- Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.mof.gov.my/
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): https://www.jpn.gov.my/
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN): https://www.kpdn.gov.my/