SEMAKAN STR BUJANG : FASA 3 2025 SEMAK STATUS ONLINE
Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai bantuan STR adalah disalurkan kepada rakyat yang menepati kelayakan yang disenaraikan. Terdapat tiga kategori yang diberikan iaitu kategori isi rumah, kategori warga emas tanpa pasangan dan juga kategori bujang.
Bagaimanakah semakan STR bujang? Sila ikuti penjelasan berikut untuk ketahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: MYKASIH RAHMAH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, individu yang memenuhi kelayakan berikut adalah layak mendapat manfaat bantuan ini:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN STR BUJANG
Untuk makluman, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumum oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR BUJANG
Anda boleh semak status STR 2025 online seperti berikut:
- Sila layari Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna.
Untuk penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel : [email protected].