SEMAKAN STR 2024 ONLINE (FASA 4 CHECK BAYARAN)
Rakyat Malaysia telah dikhabarkan dengan berita baik oleh kerajaan iaitu bantuan belanjawan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 telah diumumkan. Wang bantuan ini diberikan mengikut kategori yang sesuai dan diagihkan secara berperingkat sekiranya permohonan diluluskan sahaja. Tarikh dan kadar agihan akan diberitahu dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah cara semakan STR Fasa 4 secara online? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN BUDI MADANI (SEMAKAN 2024)
TARIKH SEMAKAN STR 2024 ONLINE
Tarikh bayaran STR Fasa 4 terkini telah dimaklumkan dan dijangka mulai November 2024.
KADAR BAYARAN STR 2024
PENERIMA STR BAGI KATEGORI B40 (ISI RUMAH)
- RM1,000 – Isi rumah tiada anak (0)
- RM1,500 – Isi rumah mempunyai anak (1-2)
- RM2,000 – Isi rumah mempunyai anak (3-4)
- RM2,500 – Isi rumah mempunyai anak (5 >)
PENERIMA STR BAGI KATEGORI M40 (ISI RUMAH)
- RM500 – Isi rumah tiada anak (0)
- RM750 – Isi rumah mempunyai anak (1-2)
- RM1,000 – Isi rumah mempunyai anak (3-4)
- RM1,250 – Isi rumah mempunyai anak (5>)
WARGA EMAS & BELIA BUJANG
- RM350 – Belia bujang berumur 21 tahun keatas
- RM600 – Warga emas tiada pasangan (60 tahun keatas)
SEMAKAN STR FASA 4 ONLINE
Permohonan yang telah LULUS, boleh check bayaran fasa 4 seperti di bawah:
- Layari pautan Portal Rasmi Semakan STR secara online di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pemohon akan dibawa masuk ke Laman Utama MySTR.
- Lihat sebelah kiri skrin anda, terdapat ruangan Log Masuk MySTR.
- Isi No kad pengenalan anda.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Anda akan lihat paparan [Adakah ini kata kunci keselamatan anda?].
- Sekiranya kunci keselamatan yang dipaparkan benar milik anda, sila tekan [Ya].
- Seterusnya masukkan [Kata Laluan].
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Sekarang, anda akan dipaparkan Halaman Rasmi MySTR.
- Untuk semakan status pembayaran, anda klik [Semakan Permohonan].
- Sila lihat dibahagian [Maklumat Pembayaran].
- Status bayaran anda akan dipaparkan di sini.
- Kadar bayaran juga akan dipaparkan di ruangan maklumat pembayaran.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh hubungi pihak bertanggungjawab di:
Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel Rasmi : [email protected]