SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)
Berita gembira buat rakyat Sabah yang berkelayakan untuk menerima bantuan SYUKUR fasa 3 yang telah mula dibayar. Pemohon dan penerima boleh mula membuat semakan status dengan merujuk panduan yang ada disediakan dalam artikel ini.
Bagaimanakah semakan status SYUKUR Sabah? Ikuti info terkini di bawah.
BACA JUGA: SEMAK SKAS SARAWAK
PROGRAM BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Program SYUKUR atau nama penuh program iaitu Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah satu bantuan yang dilancarkan oleh Kerajaan Sabah bagi membela nasib rakyatnya yang sehingga kini masih ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Bantuan ini disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan secara automatik berdasarkan data dalam Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah.
Penyaluran dilakukan secara berfasa iaitu sebanyak empat fasa. Setiap fasa akan disalurkan RM300 sebulan dan menjadikan bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM900 setiap fasa.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Penerima boleh menyemak sama ada syarat berikut adalah ditepati untuk menerima manfaat yang akan disalurkan kelak:
- SYARAT ASAS SYUKUR SABAH
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganeraga Malaysia.
- Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
*Selain itu, penerima perlu memenuhi salah satu dari syarat berikut:
Berstatus miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
Pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- SYARAT KHAS MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
- Bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima mengikut kapasiti kebergantungan keperluan ekonomi isi rumah.
KATEGORI | KELAYAKAN |
---|---|
Kategori M40 Pendapatan (RM1219 – RM2742) | Pemohonan hanya layak untuk sorang ketua isi rumah sahaja. |
Kategori B40 (Pendapatan Kurang dari RM1218) | – Ketua isi rumah dan pasangan; atau – Ketua isi rumah dan anak 18 tahun ke atas. |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SYUKUR SABAH
Penerima boleh memilih untuk melakukan semakan status secara dalam talian atau secara manual. Rujuk panduan berikut:
- SEMAKAN SECARA ONLINE
- Layari laman rasmi di: https://syukur.sabah.gov.my/.
- Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Status penerima akan dipaparkan.
- SEMAKAN MELALUI APLIKASI TELEFON PINTAR
- Penerima juga boleh membuat semakan status melalui aplikasi YONO Superapp. Muat turun aplikasi di:
- Google Play Store
- Apple App Store
- Huawei AppGallery
- Penerima juga boleh membuat semakan status melalui aplikasi YONO Superapp. Muat turun aplikasi di:
TARIKH BAYARAN FASA 3 SYUKUR SABAH
Pengkreditan adalah secara berperingkat dengan melalui empat fasa bagi sepanjang tahun 2025 ini. Bayaran untuk fasa ketiga akan disalurkan pada bulan September 2025. Rujuk jadual dibawah:
FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | Januari 2025 |
Fasa 2 | April 2025 |
Fasa 3 | September 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SYUKUR
Penerima bantuan akan menerima bantuan tunai ini melalui tiga (3) cara iaitu:
- Di bayar terus ke akauan bank penerima.
- Diberikan secara tunai.
- Dikreditkan kedalam eWallet YONO.
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH
Setiap penerima diberikan jumlah bayaran yang sama. Sebanyak RM900 secara tunai disalurkan untuk kategori miskin bagi setiap fasa dan kategori miskin tegar akan menerima RM1800 melalui dua (2) penerima bagi setiap isi rumah.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my/.
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my/.
- Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
- Talian Whatsapp: 010-5828207