SEMAKAN STATUS STR BUJANG (keyword) : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SEKARANG
Kategori bagi penerima bantuan STR terbahagi kepada tiga iaitu kategori isi rumah, warga emas tanpa pasangan dan juga bujang. Rakyat Malaysia yang memohon bantuan ini akan dipecahkan kepada kategori berikut serta mengikut kelayakan masing-masing bagi memastikan bantuan yang disalurkan adalah bersesuaian dan menepati syarat yang telah ditentukan.
Bagaimanakah semakan status STR bujang? Ikuti info berikutnya di bawah.
BACA JUGA: LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR BUJANG
Berikut merupakan kelayakan yang diperlukan bagi setiap kategori untuk penerima bantuan STR 2025:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Kemungkinan, STR Fasa 3 akan diagihkan pada bulan Julai atau Ogos ini. Pihak kerajaan sendiri akan memaklumkan tarikh rasmi kelak dan sekiranya terdapat sebarang pindaan juga akan turut dihebahkan dari masa ke masa.
Pemohon yang ingin membuat kemaskini permohonan bantuan STR, anda boleh cuba memohon untuk Fasa 3 ini. Tarikh hantar borang masih dibuka sehingga 30 Jun 2025 ini di portal rasmi STR.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR BUJANG FASA 3
Status boleh disemak dengan menuruti panduan yang disediakan dibawah:
- Layari pautan rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan]. Terdapat dua status kelulusan:
- Status Kelulusan Asas STR.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
- Selesai.
Catatan: Sekiranya lulus Asas STR, pemohon perlu klik pada butang [MAKLUMAT BAYARAN] untuk mengetahui status bayaran STR untuk ketahui bayaran telah dikreditkan ke dalam akaun yang tertera atau belum. Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun, boleh menuntut wang tersebut secara tunai di cawangan-cawangan BSN.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]