SEMAKAN STATUS MYSARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BAGI FASA 1
Orang ramai sudah boleh membuat semakan kelayakan serta status bantuan SARA yang akan disalurkan bermula tahun hadapan.
Harapan kerajaan untuk penyaluran bantuan ini adalah supaya dapat meringankan bebanan ekonomi yang ditanggung oleh keluarga dalam meneruskan kehidupan harian.
Bagaimanakah semakan status MySARA 2026? Ikuti info berikutnya di dalam artikel ini.
BACA JUGA: PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2026
Berikut merupakan kategori beserta kelayakan untuk penerima bantuan SARA 2026:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam Sistem eKasih,
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSARA 2026
Penerima boleh membuat semakan secara dalam talian sahaja di dua portal rasmi yang berbeza. Rujuk panduan berikut dan pilih portal yang mana anda ingin layari:
- Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
- Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH PENYALURAN MYSARA 2026
Penerima akan menerima sejumlah bantuan yang akan disalurkan ke kad pengenalan penerima masing-masing bagi tujuan pembelian barangan keperluan yang diluluskan. Rujuk rajah dibawah untuk ketahui jumlah penyaluran bagi kategori anda:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak (0) : RM1,200 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,200 Anak 5 ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM600 |
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]