SEMAKAN SARA UNTUK SEMUA : 2025 ONLINE RM100 ONE OFF

SEMAKAN SARA UNTUK SEMUA : 2025 ONLINE RM100 ONE OFF

Terdapat beberapa kaedah semakan yang boleh anda lakukan untuk mengenalpasti sama ada anda layak atau tidak menjadi penerima bantuan SARA yang bakal disalurkan kelak.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, penerima yang berkelayakan akan menerima manfaat yang berbaloi menerusi kad pengenalan masing-masing bagi membantu mengurangkan sedikit bebanan krisis ekonomi yang ditanggung kini.

Bagaimanakah semakan SARA untuk semua? Sila teruskan membaca artikel ini untuk ketahui maklumat yang terkini mengenai bantuan.

BACA JUGA: MY SALAM 2025

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA UNTUK SEMUA

Kelayakan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA UNTUK SEMUA

Individu yang ingin mengetahui status penerima bantuan ini boleh rujuk panduan berikut:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Catatan: Untuk semakan status penerima SARA Untuk Semua adalah bermula pada 21 Ogos 2025.

KAEDAH SEMAKAN BAKI DALAM MYKAD

Baki bantuan yang disalurkan boleh disemak melalui tiga cara berikut:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
  9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
  4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
  1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
  3. Selesai.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment