SEMAKAN SARA RM100 MYKAD : SEMAK ONLINE 2025

SEMAKAN SARA RM100 MYKAD : SEMAK ONLINE 2025

Penerima bantuan yang bakal mendapat manfaat yang akan disalurkan pada Hari Kebangsaan kelak boleh membuat semakan mengenai bantuan di pelbagai cara yang disenaraikan dalam artikel ini.

Semakan boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025 ini secara dalam talian dengan melayari pautan rasmi yang disediakan.

Bagaimanakah semakan SARA RM100 MyKad? Sila teruskan pembacaan untuk ketahui maklumat baharu dan terkini mengenai bantuan.

BACA JUGA: BAYARAN STR FASA 3

TARIKH PENYALURAN SARA RM100 DALAM MYKAD

Penerima bakal mendapat bantuan yang akan disalurkan ini pada Hari Kemerdekaan yang ke-68 tahun ini iaitu pada 31 Ogos 2025. Penyaluran dibuat secara one off melalui kad pengenalan masing-masing yang akan digunakan sebagai verifikasi penerima bantuan.

Penggunaan bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang disenaraikan berlabel MyKasih sehingga akhir tahun ini iaitu 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA RM100 MYKAD

Berikut merupakan panduan untuk orang ramai yang ingin membuat semakan status penerima secara dalam talian:

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN DALAM MYKAD

Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan baki iaitu:

  • Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
    3. Selesai.

RUJUKAN

Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment