SEMAKAN SARA ONE OFF 2026 : KELAYAKAN, TARIKH BAYAR & JUMLAH BANTUAN
Bayaran bantuan SARA secara terus atau one off akan dikreditkan kepada penerima tidak lama lagi. Semua penerima yang berkelayakan digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu sama ada MyKad aktif atau tidak.
Senarai barangan yang boleh dibeli anda boleh merujuk panduan dibawah untuk ketahui barangan yang dibolehkan.
Bagaimanakah semakan SARA one off 2026? Ikuti info dan maklumat selanjutnya dibawah.
BACA JUGA: STR FASA 2 2026
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF
Bantuan ini hanya menetapkan dua syarat yang utama untuk menjadi penerima bantuan iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Berumur bermula 18 tahun dan ke atas
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah secara one off ini adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
SEMAKAN TARIKH DAN JUMLAH SARA ONE OFF 2026
Berikut merupakan jumlah serta tarikh bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang berkelayakan:
| JUMLAH BANTUAN (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| RM100 (ONE-OFF) | 9 Februari 2026 |
Bantuan ini dilaksanakan pada bulan Februari sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
CARA BANTUAN DISALURKAN
Penyaluran akan dilakukan secara menyeluruh Malaysia supaya lebih ramai penerima dapat menggunakannya dengan cekap. Rujuk rajah seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF 2026
Status penerima Sumbangan Asas Rahmah secara one off ini boleh disemak dengan merujuk panduan yang disediakan di bawah:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2026
Sekiranya anda ingin mengetahui barangan yang dibolehkan untuk dibeli menggunakan bantuan yang disalurkan, rujuk panduan berikut:
- Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
- Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
- Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
- Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
- Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
- Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
- Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
- Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
- Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
- Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.
RUJUKAN
Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan SARA 2026 ini. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]