SEMAKAN RAYUAN SBP : KEPUTUSAN RAYUAN SBP TINGKATAN 4 & 1 2026
Memang menjadi keinginan semua pelajar untuk menjadi salah seorang daripada pelajar yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran di salah sebuah sekolah yang berprestij tinggi.
Antara sekolah yang mempunyai kecemerlangan pelajar yang baik adalah Sekolah Berasrama Penuh atau singkatannya adalah SBP. Pelajar yang cemerlang dalam akademik di sekolah harian biasa boleh membuat permohonan ke SBP ini bagi sesi 2026.
Bagaimanakah semakan rayuan SBP? Ikuti penerangan lanjut mengenai rayuan ke SBP ini dibawah.
BACA JUGA: TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2026
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
Kebanyakan ibu bapa dan juga pelajar yang cemerlang di sekolah rendah ada menanamkan hasrat untuk ke sekolah menengah yang bagus dan sesuai untuk mereka. SBP merupakan salah satu sekolah yang khusus untuk pelajar cemerlang dengan menyediakan beberapa fasiliti dan tenaga pengajar yang khas untuk pelajar yang melanjutkan persekolah di situ.
Antara sekolah khusus lain yang ada adalah seperti senarai berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
TARIKH SEMAKAN RAYUAN SBP
Umum sudah maklum bahawa permohonan untuk ke SBP sudah pun dibuka sejak Ogos 2025 lagi. Keputusan untuk permohonan pula adalah pada 26 Disember 2025.
Sekiranya permohonan pelajar adalah gagal, pelajar atau ibu bapa pelajar boleh terus melakukan rayuan bagi melanjutkan persekolahan ke sekolah yang diingini tersebut pada tarikh seperti berikut:
- Tarikh rayuan : Mulai 26 Dis 2025 – 13 Jan 2026
- Tarikh semakan keputusan rayuan : 6 – 10 Feb 2026
CARA SEMAKAN KE SBP 2026
Ibu bapa dan pelajar boleh melakukan semakan keputusan permohonan ke SBP secara dalam talian sahaja dan ikuti langkah-langkah yang disediakan berikut:
- Sila layari pautan berikut untuk lakukan semakan mengikut tahap umur pelajar:
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/
- Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah_khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.
- Semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.
- Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.
SEMAKAN RAYUAN PERMOHONAN SBP SESI 2026
Rayuan permohonan untuk ke Sekolah Berasrama Penuh boleh terus dilakukan sejurus sahaja keputusan permohonan dikeluarkan dan pelajar gagal untuk melayakkan diri. Berikut merupakan cara-caranya:
- Layari e-Rayuan yang boleh diakses secara online melalui:
- Tingkatan Satu : https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my
- Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
- Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
- Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.
Catatan:
- Tiada rayuan permohonan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
- Rayuan untuk ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan
RUJUKAN
Para ibu bapa serta pelajar boleh melakukan sebarang pertanyaan dengan merujuk saluran yang disediakan dibawah untuk memastikan anda bertanyakan pada saluran yang betul mengenai kemasukan ke SBP bagi sesi 2026:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)
- Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)
- Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Untuk ketahui info-info yang terkini mengenai pendidikan, anda boleh merujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu http://www.moe.gov.my/ atau hubungi hotline 03-8000 8000.