SEMAKAN PELATIH KHIDMAT NEGARA : SESI 3.0 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Program Latihan Khidmat Negara pada kali ini akan menampilkan modul aktiviti yang berbeza dirangka sendiri oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagaimanakah semakan pelatih khidmat negara? Ikuti maklumat berikutnya di bawah.
BACA JUGA: UJIAN KECERGASAN IPG
KEPENTINGAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Program sebegini adalah khusus untuk golongan belia di mana semangat patriotisme dan berbakti terhadap negara dapat dipupuk dari awal lagi.
Berikut merupakan kepentingan program latihan ini dijalankan:
- Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
- Meningkatkan Semangat Patriotisme.
- Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
- Pembangunan Kemahiran Insaniah.
- Peluang Peningkatan Kerjaya.
- Jaringan Sosial dan Persahabatan.
- Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
- Memupuk Semangat Kesukarelawan.
- Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
- Membentuk perwatakan positif dan pengalaman nilai murni.
- Melahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PELATIH KHIDMAT NEGARA
Antara syarat yang dikenakan untuk menyertai program ini adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar Lepasan SPM;
- Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
LOKASI DAN TARIKH PROGRAM DIADAKAN
Terdapat tiga fasa yang akan berlangsung dan berikutnya adalah info mengenai tarikh dan lokasi program diadakan:
- Siri Pertama (1)
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Siri Kedua (2)
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
- Siri Ketiga (3)
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
SEMAKAN STATUS PELATIH KHIDMAT NEGARA
Peserta akan dimaklumkan secara dua saluran utama iaitu:
- Melalui e-Mel :
- Calon yang layak akan menerima e-Mel permohonan melalui alamat e-Mel yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Melalui Surat Panggilan Rasmi :
- Calon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Anda juga boleh membuat semakan status kelayakan di pautan rasmi Portal JLKN : https://jlkn.mod.gov.my/.
CATATAN : Jika anda tidak dipanggil, ini bermakna anda gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3.0. Namun, anda masih berpeluang untuk dipanggil pada siri yang akan datang selagi usia belum mencapai 35 tahun.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi terkini bagi memudahkan capaian dan pengetahuan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian : +603-4019 9999
- e-Mel : [email protected]