SEMAKAN MYSTR FASA 1 2026 : SEMAK STATUS BANTUAN STR ONLINE
Sumbangan Tunai Rahmah untuk sesi 2026 bakal disalurkan kelak. Penerima boleh melayari Portal Rasmi STR membuat semakan status anda terkini. Anda juga digalakkan untuk melakukan kemaskini data sekiranya sudah tiga tahun berturut-turut tidak melakukannya.
Caea semakan dan pendaftaran ada disediakan dalam artikel ini.
Bagaimanakah semakan MySTR fasa 1 2026? Sila teruskan membaca untuk ketahui cara-caranya.
BACA JUGA: CARA DAFTAR BANTUAN BARANG MYKASIH 2026
SEMAKAN KELAYAKAN MYSTR FASA 1 2026
Penerima boleh melakukan semakan status terkini secara dalam talian sahaja seperti panduan yang disediakan berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR BAHARU MYSTR 2026
Pendaftaran mestilah dilakukan oleh setiap penerima bantuan STR yang lama mahupun yang baharu. Hal ini bagi memudahkan proses semakan dan penyaluran dilakukan. Rujuk cara-cara pendaftaran dibawah:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAKAN TARIKH MYSTR FASA 1 2026
Orang ramai amat menantikan tarikh bantuan ini akan disalurkan. Setakat ini, tarikh penyaluran bantuan STR bagi Fasa Pertama masih belum dihebahkan oleh Kementerian Kewangan. Anda boleh mengikuti rapat dan mengikuti penulisan artikel kami untuk ketahui info-info yang terkini mengenai bantuan.
Kami akan kemaskini maklumat terkini mengenai bantuan sejurus sahaja Perdana Menteri Malaysia melakukan hebahan maklumat terkini mengenai tarikh bantuan.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Bantuan yang disalurkan kepada penerima mengikut kategori adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
RUJUKAN
Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.