SEMAKAN MYKASIH RM100 : 2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Hari ini semua rakyat dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh melakukan semakan sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan SARA yang disalurkan secara one off kelak.
Bagaimanakah semakan MyKasih RM100? Ikuti info selanjutnya dibawah ini.
BACA JUGA: BANTUAN LESEN PERCUMA
SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH RM100
Bantuan SARA one off ini boleh disemak status kelayakan bermula hari ini dengan menuruti panduan yang disediakan di bawah:
- Sila klik pada pautan portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah di sini : https://sara.gov.my.
- Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan dan klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Anda akan dibawa ke paparan MyKasih.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah secara one off akan dipaparkan.
- Sekiranya LAYAK, anda boleh membeli mulai Tarikh Program Bermula (31 Ogos 2025) sehingga Tarikh Program Berakhir (31 Disember 2025).
- Selesai.
CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
Rujuk tiga kaedah berikut yang boleh digunakan untuk membuat semakan baki bantuan yang ada dalam kad pengenalan masing-masing selepas digunakan:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
SEMAKAN PANDUAN MEBELI BARANGAN SARA MYKASIH
Penerima harus merujuk panduan yang disediakan berikut untuk mengetahui kaedah pembelian yang sebetulnya apabila menggunakan bantuan yang disalurkan ke MyKad penerima:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]