SEMAKAN MYKASIH OKTOBER 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN MYKASIH OKTOBER 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan tambahan yang disalurkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah melalui program MyKasih. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit terpilih dengan menggunakan MyKad masing-masing.

Bagaimanakah semakan MyKasih Oktober 2025? Ikuti info terkini yang disenaraikan di bawah.

BACA JUGA: SEMAK SKAS SARAWAK

MYKASIH FOUNDATION

MyKasih Foundation merupakan sebuah NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009. Penubuhan ini dibina oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya, Puan Sri Jean dengan tujuannya untuk membantu keluarga miskin serta pelajar melalui program bantuan makanan dan biasiswa.

Apa yang uniknya bantuan ini adalah ia menggunakan MyKad bagi tujuan penyaluran bantuan secara tanpa tunai dan menjadikan proses ini lebih selamat, telus dan berkesan.

Program ini juga turut disokong oleh kerajaan, agensi zakat dan sektor swasta. Pertubuhan ini malah ada menjalinkan kerjasama dengan organisasi kesihatan dan sosial bagi tujuan memberi saringan kesihatan, latihan, serta pendidikan kepada golongan memerlukan.

Penerima yang layak boleh mula membeli barangan asas di lebih 250 kedai runcit terpilih seperti Mydin, Giant dan Econsave dengan menggunakan MyKad mereka.

SEMAKAN KADAR BAYARAN MYKASIH OKTOBER 2025

Penerima akan disalurkan bantuan sesuai dengan kategori yang diluluskan iaitu seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah (STR & eKasih): Jumlah bantuan sehingga RM2,100, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM200 sebulan dari April hingga Disember.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih): Jumlah bantuan sehingga RM1,650, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM150 sebulan dari April hingga Disember.
  • Kategori Bujang (STR & eKasih): Jumlah bantuan RM600 sepanjang tahun, dengan bayaran RM50 sebulan dari Januari hingga Disember.
  • Kategori Isi Rumah (STR sahaja): Bantuan sebanyak RM900, dibayar RM100 sebulan dari April hingga Disember.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja): Bantuan sebanyak RM450, dibayar RM50 sebulan dari April hingga Disember.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Sumbangan Asas Rahmah mula disalurkan pada 1 April 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Penyaluran duit bantuan MyKasih / SARA akan disalurkan setiap bulan bermula pada 1 haribulan ke dalam MyKad penerima di seluruh negeri di Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH OKTOBER 2025

Terdapat dua cara semakan status yang boleh digunakan seperti berikut:

  1. Semakan Status di Portal MyKasih
    • Layari portal semakan di https://app.my kasih.net/sara2/checkstatus.
    • Klik pada butang SEMAK STATUS di bahagian atas paparan.
    • Masukkan nombor MyKad (kad pengenalan) tanpa tanda sempang, contohnya 85XXXXXXXXXX.
    • Isikan captcha yang dipaparkan.
    • Tekan butang Semak Status untuk melihat keputusan.
    • Jika anda layak, maklumat status bantuan serta jumlah bantuan yang akan diterima akan dipaparkan. Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
  2. Semakan Status di Portal STR

CARA SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025

Anda juga boleh dibuat melalui portal rasmi MyKasih di https://app.my kasih.net/sara2/checkstatus atau dengan menyemak resit pembelian yang diterima selepas transaksi.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan SARA 2025 dijalankan secara seragam menggunakan MyKad di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

CARA MENGGUNAKAN MYKASIH DI KEDAI DAN PASARAYA

Rujuk panduan berikut untuk ketahui cara pembelian yang betul:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label My Kasih di rak.
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
  3. Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
  4. Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
  5. Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan asas dari 14 kategori produk yang diluluskan, termasuk:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan
  • Barangan kebersihan rumah (contoh: sabun, serbuk pencuci pakaian, pinggan mangkuk, lantai)
  • Barangan ini telah dilabel khas untuk memudahkan penerima mengenal pasti barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan My Kasih.

Tambahan Kategori Barangan Boleh Dibeli
Mulai 1 Mei 2025, Barangan Kebersihan Rumah sudah ditambah dalam kategori barangan berdaftar di bawah SARA.

Contoh barang yang boleh dibeli dibawah kategori Barangan Kebersihan Rumah ialah sabun/serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.

SENARAI KEDAI DI SETIAP NEGERI/DAERAH

Penerima bantuan boleh membeli barang keperluan di lebih 250 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara seperti berikut:

  • Kedai My Kasih Perak 2025
  • Kedai My Kasih Perlis 2025
  • Kedai My Kasih Pahang 2025
  • Kedai My Kasih Putrajaya 2025
  • Kedai My Kasih Kuala Lumpur
  • Kedai My Kasih Sarawak 2025
  • Kedai My Kasih Sabah 2025
  • Kedai My Kasih Kelantan 2025
  • Kedai My Kasih Kedah 2025
  • Kedai My Kasih Melaka 2025
  • Kedai My Kasih Negeri Sembilan 2025
  • Kedai My Kasih Selangor 2025
  • Kedai My Kasih Johor 2025

Senarai penuh kedai yang terlibat boleh disemak di laman web My Kasih: https://app.my kasih.net/sara2/merchant-list.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment