SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAK STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan secara bulanan kini masih lagi diteruskan dan telah mendapat sambutan yang baik daripada penerima bantuan.
Beberapa buah kedai yang berdaftar dengan MyKasih kini telah semakin meluas di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 4100 buah kedai. Penerima boleh menggunakan MyKad untuk melakukan pembelian barangan asas yang diperlukan.
Bagaimanakah semakan MyKasih dalam MyKad? Ikuti maklumat selebihnya yang dinyatakan di dalam artikel ini.
BACA JUGA: BANTUAN LESEN PERCUMA
SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH DALAM MYKAD
Rujuk panduan yang disediakan berikut menggunakan dua pautan untuk membuat semakan status penerima bantuan:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
BANTUAN SARA ONE OFF DALAM MYKAD
Penerima juga boleh membuat semakan mengenai bantuan SARA one off yang akan disalurkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada Hari Kemerdekaan nanti melalui MyKad penerima.
Rujuk panduan berikut untuk mengetahui status penerima bantuan SARA one off:
- Sila klik pada pautan portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah di sini : https://sara.gov.my.
- Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan dan klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Anda akan dibawa ke paparan MyKasih.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah secara one off akan dipaparkan.
- Sekiranya LAYAK, anda boleh membeli mulai Tarikh Program Bermula (31 Ogos 2025) sehingga Tarikh Program Berakhir (31 Disember 2025).
- Selesai.
SEMAKAN BAKI MYKASIH DALAM MYKAD
Penerima boleh menyemak baki bantuan yang ada selepas digunakan dengan merujuk tiga kaedah yang disenaraikan dibawah beserta panduan:
- Cara Semak Baki Melalui Aplikasi eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kiosk :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Baki Melalui Kaunter :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
- Selesai.
PANDUAN MEMBELI BARANGAN ASAS
Penerima boleh membeli barangan keperluan yang mempunyai label MyKasih di pasaraya atau di kedai runcit yang berdaftar dengan cara yang betul seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]