SEMAKAN MATRIKULASI 2025 ONLINE : CHECK KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN SEKARANG

SEMAKAN MATRIKULASI 2025 ONLINE : CHECK KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN SEKARANG

Tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi boleh mula disemak bermula hari ini melalui dua kaedah. Pelajar lepasan SPM yang membuat permohonan, boleh menyemak secara dalam talian sahaja atau melalui penghantaran SMS.

Bagaimanakah semakan matrikulasi 2025 online? Rujuk info serta maklumat yang disediakan dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN PELATIH KHIDMAT NEGARA

KELEBIHAN PROGRAM MATRIKULASI KPM

Pengajian ke matrikulasi adalah salah satu cabang untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke tahap seterusnya selain ke STPM, Pusat Asasi dan Diploma.

Kelebihan yang akan diperoleh pelajar apabila menyertai matrikulasi adalah:

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Memperoleh penerpaan soft skill

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MATRIKULASI 2025 ONLINE

Program Matrikulasi ini menyediakan sebanyak lima jurusan untuk pelajar memilih berdasarkan keputusan SPM yang telah diperoleh. Syarat untuk setiap jurusan boleh disemak pada pautan dibawah:

TARIKH KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025

Keputusan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi pengajian sesi 2025 / 2026, boleh disemak bermula pada tarikh berikut :

TARIKH SEMAKAN DIBUKAMASA
21 MEI 2025 (RABU)10.00 PAGI

SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025 ONLINE

Keputusan untuk kemasukan ke kolej matrikulasi boleh disemak seperti berikut:

  • Panduan Semakan Keputusan Matrikulasi Melalui Laman Web Rasmi :
  1. Sila layari laman web rasmi Kolej Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm.
  2. Bahagian semakan keputusan tawaran Matrikulasi akan dipaparkan.
  3. Isikan ruangan yang disediakan dengan betul.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  5. Keputusan tawaran pengajian Kolej Matrikulasi akan dipaparkan.
  6. Selesai.
  • Panduan Semakan Keputusan Matrikulasi Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) :
  1. Buka mesej dalam telefon bimbit anda.
  2. Taip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P.
    • Contoh : MOE MAT 070230113456
  3. Kemudian, hantar kepada 15888
  4. Selesai.

Catatan : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

SENARAI KOLEJ MATRIKULASI 2025

Berikut merupakan talian dan e-mel Kolej Matrikulasi setiap negeri sebagai rujukan :

RUJUKAN

Segala info dan maklumat di atas hanyalah sekadar perkongsian informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda ingin menujukan sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment