SEMAKAN LAPTOP PERCUMA SWITCH YAYASAN SARAWAK 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN LAPTOP PERCUMA SWITCH YAYASAN SARAWAK 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri Sarawak telah bekerjasama dengan Switch, iaitu salah satu pengedar sah produk Apple di Malaysia, dengan menawarkan inisiatif Program Pemberian Laptop Percuma kepada pelajar-pelajar Program Yayasan Sarawak.

Program ini dinamakan sebagai program “Free Laptop 2025” yang diadakan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa, dan juga bagi memastikan setiap pelajar mempunyai perkakasan yang mencukupi untuk menghadapi cabaran akademik di abad ke-21.

Bagaimanakah semakan laptop percuma SWITCH? Ikuti info serta maklumat berikutnya dibawah.

BACA JUGA: MATRIK 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Pelajar perlu memenuhi kriteria berikut untuk menerima bantuan laptop percuma ini:

  • Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM1,500.
  • Warganegara Malaysia dan anak jati Sarawak.
  • Pelajar sepenuh masa tahun pertama di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia.

SEMAKAN CARA PENEBUSAN LAPTOP PERCUMA SWITCH

Reputasi Switch sebagai peruncit rasmi produk Apple di Malaysia telah membuatnya terpilih sebagai rakan penebusan dalam program ini.

Pelajar yang berkelayakan boleh menebus laptop percuma dengan hanya menggunakan aplikasi Sarawak Pay di mana-mana cawangan Switch yang disenaraikan di Sarawak.

Hal ini supaya memudahkan pelajar untuk mendapatkan peranti mereka tanpa perlu melalui proses yang rumit. Berikut merupakan langkah-langkah untuk penebusan:

  1. Buka aplikasi Sarawak Pay di telefon pintar anda.
  2. Kunjungi cawangan Switch yang terlibat.
  3. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses penebusan.
  4. Terima laptop percuma anda.

Keberkesanan daripada program ini adalah pelajar Sarawak kini dapat belajar dengan lebih efektif dan bersedia menghadapi cabaran akademik serta profesional di masa hadapan dengan adanya peranti canggih ini.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan yang ada boleh diajukan kepada pihak berikut untuk ketahui dengan lebih lanjut:

  • Telefon: 6082-441686
  • Emel: [email protected]
  • Alamat: Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Anda juga boleh melayari laman web Yayasan Sarawak di https://myys.yayasansarawak.org.my/ atau Facebook rasmi Switch.

Leave a Comment