SEMAKAN GURU COS 2026 : SYARAT KELAYAKAN, PERMOHONAN, GAJI

SEMAKAN GURU COS 2026 : SYARAT KELAYAKAN, PERMOHONAN, GAJI

Sebagai persiapan awal untuk pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan juga untuk kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1, KPM telah memulakan inisiatif dengan pengambilan 20,000 orang Pegawai Pendidikan Gred DG9.

Terdapat beberapa syarat yang diperlukan untuk memohon jawatan ini yang ditawarkan secara kontrak menjadi tenaga pengajar di sekolah rendah.

Bagaimanakah semakan guru COS 2026? Sila teruskan bacaan dibawah ini untuk ketahui maklumat berikutnya.

BACA JUGA: SYUKUR SABAH 2026 PERMOHONAN

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

Pemohon boleh merujuk syarat-syarat berikut untuk ketahui sama ada anda layak untuk membuat permohonan atau tidak:

  • SYARAT UMUM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Sihat tubuh badan
  3. Aktif kokurikulum pada peringkat universiti
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan dan;
  5. Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.
  • SYARAT AKADEMIK
  1. Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  2. Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan.
  • CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
  1. Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
  2. Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI)
  3. Guru kontrak (Lantikan SPP)
  4. Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam
  5. Seorang bankrap dan belum dilepaskan

CATATAN: Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) boleh memohon di Portal SPP.

SEMAKAN CARA MOHON GURU COS 2026

Permohonan sebagai guru CoS KPM 2026 akan dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal myPDPP dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari portal rasmi di pautan berikut : https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/

Apabila calon yang ditawarkan pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS), adalah diwajibkan untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang akan dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Hal ini adalah bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan untuk mengajar dan calon juga perlu mengikutinya dengan pembiayaan sendiri sepanjang tempoh kontrak.

Butiran untuk jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Guru sekolah rendah)
  • Taraf penjawatan: Contract of Service (CoS)

SEMAKAN TARIKH GURU COS 2026

Rujuk rajah berikut untuk ketahui tarikh-tarikh penting:

PERKARATARIKH
Hebahan Panggilan Guru23 Februari 2026
Permohonan Dibuka2-20 Mac 2026
Proses Saringan Temu Duga27 April – 14 Mei 2026

RUJUKAN

Artikel ini ditulis berdasarkan info sahih yang ada di laman utama Kementerian Pendidikan Malaysia dan untuk memudahkan capaian orang ramai. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan info terkini mengenai pengambilan guru 2026, sila rujuk:

Leave a Comment