SEMAKAN BAYARAN SARA 2025 : SEMAK STATUS DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER
Bantuan SARA untuk sesi 2025 masih lagi disalurkan dan boleh digunakan sehingga hujung tahun ini iaitu 31 Disember 2025. Penerima bantuan diharuskan untuk membeli barangan keperluan seperti yang disenaraikan dalam barangan yang boleh dibeli untuk kegunaan harian sebelum tamat tempoh penggunaan bantuan.
Bagaimanakah semakan bayaran SARA 2025? Ikuti info terkini yang diberitahu di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA 2025
Berikut disenaraikan dua laman rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan status bayaran:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Bantuan SARA 2025 adalah mengikut kategori penerima seperti yang disenaraikan seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan sehingga RM2,100, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM200 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan sehingga RM1,650, dengan bayaran RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM150 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Bujang (STR & eKasih):
- Jumlah bantuan RM600 sepanjang tahun, dengan bayaran RM50 sebulan dari Januari hingga Disember.
- Kategori Isi Rumah (STR sahaja):
- Bantuan sebanyak RM900, dibayar RM100 sebulan dari April hingga Disember.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja):
- Bantuan sebanyak RM450, dibayar RM50 sebulan dari April hingga Disember.
TARIKH BANTUAN DISALURKAN
Penyaluran bantuan SARA adalah mula disalurkan bermula 1 April 2025 sehingga 31 Disember 2025 untuk penerima STR sahaja. Manakala, untuk penerima eKasih penyaluran adalah bermula pada Januari 2025.
Duit bantuan MyKasih / SARA selalunya akan dimasukkan pada setiap bulan bermula pada 1 haribulan menerusi MyKad penerima yang layak di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
RUJUKAN
Semua maklumat dan info di atas adalah diambil daripada Portal Rasmi SARA dan diulaskan di sini bagi memudahkan capaian pengguna. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]