SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ADA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ADA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif bantuan kerajaan Malaysia yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagi tahun 2026, Semakan STR memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyemak kelayakan, mengemas kini maklumat, membuat permohonan baharu, serta mengetahui jumlah dan tarikh bayaran bantuan yang diterima.

Program ini dikendalikan sepenuhnya melalui portal rasmi MySTR yang telah dikemas kini dengan sistem lebih mesra pengguna. Walaupun anda pernah mempunyai akaun STR sebelum ini, anda disarankan untuk mendaftar semula atau mengemas kini akaun sedia ada bagi memastikan maklumat anda masih tepat dan layak menerima bantuan.

Dalam artikel ini, kami akan terangkan dengan lebih mudah dan teratur tentang cara membuat semakan STR 2026, termasuk syarat kelayakan, proses permohonan baharu, serta langkah-langkah penting yang perlu anda tahu

BACA JUGA DI SINI : SARA 2026 : SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2026

Sebelum membuat permohonan, anda digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu syarat -syarat yang dikemukakan sama ada menepati kriteria yang dimiliki atau tidak:

  • Isi Rumah
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berkahwin (ada atau tiada anak);
    3. Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    4. Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    5. Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
  • Warga Emas
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur 60 tahun dan ke atas;
    3. Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    4. Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
    3. Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    4. Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    5. Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

SEMAKAN STR 2026

Berikut adalah panduan ringkas semakan status STR 2026:

  1. Layari portal MySTR
  2. Log Masuk / Daftar Akaun
    • Jika sudah ada akaun MySTR, log masuk menggunakan nombor kad pengenalan & kata laluan.
    • Jika belum punya akaun atau perlu daftar semula, klik “Daftar Akaun Baharu”.
    • Laksanakan pengesahan soalan keselamatan & tetapkan kata laluan baru jika diperlukan.
  3. Pilih Menu Semakan / Status Permohonan
    • Selepas log masuk, pengguna boleh memilih menu semakan status permohonan.
    • Paparan status mungkin seperti “Dalam proses pengkreditan”, “Berjaya kredit”, atau “Tidak layak”.
  4. Semakan Bayaran
    • Jika status menunjukkan layak, semak butiran bayaran seperti jumlah yang akan diterima & tarikh pengkreditan.
    • Pembayaran mungkin dikredit ke akaun bank atau melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bergantung kepada kategori & kawasan.
  5. Kemaskini / Pembetulan Maklumat (Jika Perlu)
    • Jika maklumat peribadi atau dokumen sokongan berubah (contoh: alamat, pendapatan), anda boleh kemaskini permohonan melalui panduan rasmi STR.
    • Pastikan dokumen sokongan seperti bukti pendapatan, sijil pengenalan diri adalah sah & terkini.

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Kadar amaun yang akan disalurkan kepada penerima bantuan STR bagi sesi 2026 secara keseluruhan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
(2026)
Isi Rumah B400 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM600
Bujang

RUJUKAN

Maklumat dan info yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai mengenai Panduan Permohonan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

  • Talian BKK : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

PENAFIAN

Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan rujukan dan informasi sahaja. Pihak kami bukan wakil rasmi kerajaan atau mana-mana agensi yang menguruskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sebarang perubahan, kemaskini, atau pengumuman rasmi berkaitan STR hendaklah dirujuk terus melalui Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau saluran komunikasi LHDN yang sah.

Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau masalah yang timbul akibat penyalahgunaan maklumat daripada artikel ini. Pastikan anda merujuk sumber rasmi sebelum membuat sebarang permohonan atau tindakan lanjut.

Kami sebagai penulis hanya berkongsi maklumat penting dan sahih bagi memudahkan warganet mendapatkan rujukan yang tepat serta terkini.Semua info dalam artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan juga sumber rujukan tambahan daripada InfoBantuan.my bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat, terkini dan mudah difahami oleh pembaca.

Leave a Comment