SEMAKAN BANTUAN SARA STR 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA TERKINI
Bantuan terkini yang disalurkan oleh kerajaan adalah Sumbangan Asas Rahmah 2025 yang diberikan kepada penerima secara bulanan.
Pemberian ini adalah untuk membantu rakyat yang mengalami kegawatan ekonomi dalam membeli kelengkapan asas untuk bulanan. Kerajaan amat mengharapkan bantuan ini telah membantu meringankan beban rakyat.
Bagaimanakah semakan bantuan SARA STR? Sila ikuti maklumat seterusnya dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN LAPTOP PERCUMA SWITCH
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Rakyat yang melengkapi kriteria berikut adalah layak untuk menerima bantuan:
- Warganegara Malaysia;
- Bersatus eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA STR
Penerima boleh membuat semakan mengenai status bantuan serta baki yang ada dengan melayari pautan rasmi berikut:
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
- Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
SEMAKAN PANDUAN MEMBELI BARANGAN BANTUAN SARA STR DI PASARAYA
Pembelian di pasaraya atau kedai runcit berdaftar menggunakan bantuan dalam MyKad adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
- Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]