SEMAKAN BANTUAN 100 IC : 2025 ONLINE SARA ONE OFF
Rakyat yang berumur 18 tahun dan ke atas semestinya sedang menunggu akan ketibaan Hari Kebangsaan yang ke 68 pada tahun ini. Hal ini kerana bakal berlangsungnya penyaluran bantuan SARA secara one off pada hari tersebut.
Kini, penerima yang berkelayakan boleh membuat semakan terlebih dahulu dan memastikan kad pengenalan masing-masing adalah aktif untuk digunakan.
Bagaimanakah semakan bantuan 100 IC? Ikuti panduan yang dijelaskan di dalam artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
BACA JUGA: SARA ONE OFF MAKSUD
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 100 IC
Hanya dua syarat yang dikenakan untuk menerima manfaat daripada bantuan ini:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan disalurkan pada 31 Ogos 2025 dan akan dikreditkan dalam kad pengenalan (IC) semua rakyat dewasa Malaysia secara one-off (sekaligus) yang boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 IC
Untuk mengetahui sama ada layak untuk menerima bantuan SARA one off, layari pautan di bawah berikut:
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENGGUNAAN BANTUAN
Anda boleh merujuk panduan berikut untuk membuat pembelian menggunakan MyKad:
- Pergi ke kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label ‘SARA’ di rak tanda harga.
- Di kaunter bayaran, berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Setiap barangan keperluan asas yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
- Masukkan 6-digit nombor PIN IC yang ditetapkan.
- Bayaran akan disahkan dan resit bayaran akan diberikan.
Catatan: Pembelian hendaklah tidak melebihi bantuan dalam IC (RM100) sebelum 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Kami di sini hanya sekadar berkongsi informasi dan maklumat yang terkini bagi menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan program MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]