SEMAKAN 2026 STR FASA 2
Penyaluran bantuan STR untuk fasa 2 setakat ini masih belum diketahui kesahihannya untuk jumlah dan tarikh pengkreditan bantuan tersebut.
Orang ramai amat menantikan pengumuman penyaluran ini kerana ramai yang memerlukan bantuan secara tunai ini pada zaman yang serba mencabar dari segi ekonomi ini.
Bagaimanakah semakan 2026 STR? Sila ikuti maklumat yang terkini ada di bawah.
BACA JUGA: SYUKUR SABAH 2026 PERMOHONAN
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR
Individu atau mana rakyat yang memiliki kriteria seperti dibawah adalah layak memohon menjadi penerima bantuan ini:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 2
Bayaran bantuan STR untuk fasa yang kedua ini menjadi tanda tanya dalam kalangan penerima. Rujuk dibawah untuk ketahui secara keseluruhannya:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
TARIKH BAYAR STR FASA 2
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 untuk fasa 2 masih belum diketahui tarikh rasminya. Sejurus hebahan dilakukan oleh Kementerian Kewangan, kami akan terus kemaskini maklumat dengan yang terkini.
KAEDAH BAYARAN STR
Penerima bantuan akan menerima bantuan tunai yang disalurkan ini secara dua kaedah seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SEMAKAN STATUS PENERIMA 2026 STR FASA 2
Penerima bantuan STR 2026 ini boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing dengan merujuk panduan dibawah:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]