SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : STR FASA 4 2025
Setelah penyaluran bantuan STR fasa 3 pada Julai lalu, orang ramai sudah mula menantikan penyaluran fasa 4 pula iaitu fasa terakhir untuk tahun 2025 ini.
Berbeza kaedah penyaluran dengan bantuan SARA, bantuan ini merupakan bantuan wang tunai yang dimasukkan secara terus ke akaun penerima sendiri.
Bagaimanakah semak Sumbangan Tunai Rahmah? Ikuti info serta maklumat terkini dibawah.
BACA JUGA: PADANS SABAH
SEMAK STATUS PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4
Penerima yang telah menerima bantuan STR untuk fasa sebelumnya boleh juga turut untuk membuat semakan sama ada masih layak atau tidak untuk fasa keempat seperti berikut:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN STR FASA 4
Untuk makluman, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumum oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.
SEMAK JUMLAH PENYALURAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Rajah berikut menunjukkan jumlah penyaluran bantuan secara keseluruhan kepada penerima berdasarkan kategori yang diluluskan:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM600 |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]