SEMAK STR FASA 4 – SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Fasa keempat merupakan fasa terakhir bagi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah kepada rakyat yang telah pun diluluskan permohonannya mengikut kategori.
Terdapat tiga kategori yang disenaraikan iaitu kategori isi rumah, kategori warga emas tanpa pasangan dan juga kategori bujang.
Bagaimanakah semak STR fasa 4? Sila teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk mengetahui maklumat yang terkini.
BACA JUGA: CARA SEMAKAN BUDI95
PENGENALAN BANTUAN STR 2025
Tahun ini telah mencatatkan jumlah peruntukan yang tertinggi untuk program Sumbangan Tunai Rahmah iaitu sebanyak RM13 bilion berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dianggarkan seramai 60% rakyat Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.
Hal ini menguatkan lagi bahawa kerajaan Madani amat prihatin dalam mengutamakan keperluan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Bantuan secara tunai ini mensasarkan golongan miskin dan miskin tegar serta golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
SEMAK SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4
Rujuk senarai kelayakan bagi setiap kategori seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN
Terdapat dua cara yang digunakan untuk menyalurkan bantuan itu kepada penerima:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
- Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.
Penerima di kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan oleh kerajaan di lokasi sesuai.
PENTING: Sebelum melakukan penunaian di kaunter BSN, penerima perlu menyemak status kelulusan masing-masing di portal rasmi STR untuk memastikan layak menuntut tunai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 akan disalurkan pada November 2025. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi belum diumumkan lagi dan akan kami kemaskini kelak. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : 12 Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 4
Berikut merupakan cara membuat semakan status penerima bantuan STR:
- Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk ke MySTR:
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
SEMAK TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN KEMASKINI STR FASA 4
Kerajaan telah memaklumkan bahawa tarikh penutupan permohonan bantuan dan kemas kini maklumat bagi kelayakan Fasa 4 adalah seperti berikut:
- Tarikh: 30 September 2025 (Selasa)
- Masa: 5.00 Petang
Pastikan anda telah mengemas kini maklumat atau membuat permohonan sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan bagi memastikan anda layak untuk menerima STR Fasa 4.
TERLUPA KATA LALUAN
Berikut merupakan langkah yang perlu dituruti:
- Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
RUJUKAN
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747. Kami di sini hanya berkongsi maklumat dan info yang sahih bagi memudahkan para pengguna membacanya di sini.