SEMAK STR FASA 3 : CARA SEMAK STR DAN CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STR FASA 3 : CARA SEMAK STR DAN CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan antara inisiatif bantuan kewangan kerajaan yang masih diteruskan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah menghadapi kepincangan ekonomi masa kini.

Bantuan ini sebelumnya dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) tetapi tujuan utamanya masih lagi sama iaitu adalah supaya dapat mengurangkan beban kos sara hidup bagi seisi keluarga mahupun bujang.

Bagaimanakah semak STR fasa 3? Ikuti perkembangan info berikut dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN SKAS 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Bantuan ini mempunyai beberapa syarat yang dikenakan antaranya adalah:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 3

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan status STR:

  1. Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

SEMAK TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment