SEMAK STR FASA 1 2026 : CARA SEMAKAN BANTUAN
Semua mesti amat menantikan tarikh penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2026 untuk fasa yang pertama. Namun, Kementerian Kewangan sehingga kini masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.
Umum sudah maklum bahawa penyaluran bantuan STR adalah secara tunai dan juga berfasa. Ikuti info seterusnya di dalam artikel ini untuk ketahui dengan lebih lagi.
Bagaimanakah semak STR fasa 1 2026? Ikuti maklumat berikutnya di bawah ini.
BACA JUGA: TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2026
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 1 2026
Penerima boleh mengikuti panduan berikut untuk melakukan semakan status masing-masing untuk bantuan STR 2026 ini:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
DAFTAR BAHARU MYSTR
Penerima bantuan STR bagi sesi 2026 dan penerima sebelum ini harus mendaftar akaun mySTR yang baharu bagi mendapatkan bantuan STR untuk sesi 2026 kelak. Rujuk cara pendaftaran akaun seperti berikut:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
LOGIN MYSTR
Setelah mendaftar, anda boleh terus log masuk ke akaun yang telah didaftarkan bagi membuat semakan. Rujuk panduan berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR 2026
Kadar amaun yang bakal disalurkan kepada penerima bantuan STR bagi sesi 2026 secara keseluruhan adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR (2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | – |
SEMAK TARIKH PENYALURAN STR FASA 1 2026
Tarikh rasmi bagi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa Pertama masih belum dihebahkan oleh Kementerian Kewangan. Pihak kami akan mengemaskini info terkini mengenai bantuan sejurus sahaja pengumuman rasmi dibuat.
RUJUKAN
Semua maklumat dan info yang di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai bantuan STR bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan Permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.