SEMAK STR FASA 1 : BANTUAN TUNAI 2026
Penyaluran bantuan STR 2026 akan dilakukan untuk fasa 1 adalah pada esok hari iaitu 20 Januari 2026. Semua penerima yang belum membuka akaun MySTR hendaklah melakukannya dengan segera bagi memudahkan urusan semakan dan penyaluran bantuan dilakukan.
Panduan untuk melakukan semakan serta link rasmi laman STR ada disediakan dibawah. Anda boleh merujuk dibawah.
Bagaimanakah semak STR fasa 1? Ikuti lagi dibawah ini untuk ketahui info berikutnya.
BACA JUGA: CARA SEMAKAN EKASIH 2026
SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 1
Penerima boleh merujuk panduan yang disediakan berikut untuk ketahui status terkini penerima:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Pembayaran untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
SEMAK BAYARAN STR FASA 1 KEPADA PENERIMA
Penerima akan menerima sebahagian daripada jumlah keseluruhan bantuan untuk fasa 1 ini. Kelayakan penerima akan menentukan kadar bayaran yang akan disalurkan pada fasa pertama ini:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1-2 : RM1,200 Anak 3-4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1-2 : RM300 Anak 3-4 : RM400 Anak 5 dan Ke atas : RM500 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 | Tiada (0) Anak : RM100 Anak 1 hingga 2 : RM100 Anak 3 hingga 4 : RM150 Anak 5 dan Ke atas : RM200 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 | RM150 |
| Bujang | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA | Bayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Bayaran yang akan disalurkan kepada penerima adalah seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]