SEMAK STATUS MYKASIH : 2025 SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM200 SETIAP BULAN)

SEMAK STATUS MYKASIH : 2025 SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM200 SETIAP BULAN)

Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai SARA merupakan satu bantuan tambahan yang disediakan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga golongan Miskin / Miskin Tegar eKasih.

Bermula tahun ini 2025, bantuan ini mula disalurkan melalui program MyKasih bagi membantu penerima bantuan untuk melakukan pembelian barangan asas harian.

Bagaimanakah semak status MyKasih? Sila ikuti penerangan mengenai bantuan ini secara lengkap di dalam artikel ini.

BACA JUGA: PADANS SABAH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Setiap bantuan mempunyai beberapa kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mendapat manfaat bantuan tersebut. Rujuk syarat berikut untuk bantuan SARA MyKasih ini:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH

Rujuk dua panduan berikut yang disediakan untuk anda yang ingin membuat semakan status terkini:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
    1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
    4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    6. Klik [Semak Status].
    7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
    3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
    4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
    5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
    7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    8. Semakan Permohonan
    9. Maklumat Pembayaran
    10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    12. Selesai.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN

Bantuan ini dikreditkan kepada penerima secara bulanan melalui kad pengenalan masing-masing:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN BANTUAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Bayaran yang disalurkan adalah berdasarkan kategori yang diluluskan masing-masing seperti berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

PANDUAN MEMBELI BARANGAN MYKASIH

Penerima haruslah merujuk panduan ini bagi mengelakkan masalah berlaku sewaktu pembayaran di kaunter:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment