SEMAK SARA 2026 : CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH

SEMAK SARA 2026 : CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH

Seperti yang sedia maklum, bantuan MyKasih adalah penyaluran yang dilakukan setiap bulan kepada penerima untuk pembelian barangan keperluan seisi rumah.

Penyaluran adalah secara terus kepada MyKad penerima yang boleh digunakan untuk membeli barangan di mana-mana pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.

Bagaimanakah semak SARA 2026? Ikuti maklumat berikutnya di bawah ini.

BACA JUGA: TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2026

SEMAK KELAYAKAN SARA 2026

Bantuan ini mempunyai beberapa kriteria yang perlu ada pada pemohon dan penerima supaya hanya yang betul-betul berkelayakan mendapat bantuan ini. Anda boleh menyemak kelayakan anda melalui dua cara berikut:

  • Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :
    1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
    2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
    3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
    4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
    5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
    6. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
    7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
    8. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
      • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
      • Status : Layak (jika anda layak)
      • Tarikh Program Bermula
      • Tarikh Program Berakhir
      • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
    9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
    10. Selesai.
  • Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
    3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
    4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    5. Klik [Semakan Status].
    6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
    7. Selesai.

PERMOHONAN DAN DAFTAR SARA 2026

Penyaluran bantuan adalah secara automatik apabila permohonan diluluskan. Anda boleh melakukan pendaftaran di dua laman rasmi berikut:

  • Pendaftaran Sistem eKasih :
    1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
    2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
    3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
    4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
    5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
    6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
      • PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7457103
      • PPN Sarawak : 082-492957
      • PPN Sabah : 088-484800
    7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
    8. Selesai.
  • Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
    3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
    4. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
    5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
    6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/].
    7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    8. Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
    9. Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    10. Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
    11. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
    12. Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
    13. Selesai.

JUMLAH BANTUAN SARA 2026

Berikut dipamerkan jumlah keseluruhan yang akan disalurkan kepada penerima bantun SARA 2026 mengikut kategori yang diluluskan:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
MAKSIMUM (SETAHUN)
Isi Rumah Berpendapatan
RM 2500 Kebawah
Tiada Anak (0) : RM1,200
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,200
Anak 5 ke atas : RM1,200
Isi Rumah Berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak (0) : RM1,200
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,200
Anak 5 ke atas : RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600

RUJUKAN

Artikel ini ditulis sebagai rujukan dan memudahkan jangkauan pembaca untuk mencari maklumat mengenai bantuan. Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini:

Leave a Comment