SEMAK MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)

SEMAK MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)

Umum sudah maklum bahawa penerima bantuan SARA MyKasih 2025 ini membolehkan penerima untuk membeli barangan keperluan asas dengan membuat pembayaran menggunakan kad pengenalan penerima masing-masing.

Penerima digalakkan untuk membuat semakan mengenai senarai barangan MyKasih yang ada dijual di kedai atau pasaraya yang berdaftar bagi mengelakkan kesulitan berlaku sewaktu pembayaran.

Bagaimanakah semak MyKasih 2025? Ikuti info serta maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN ASAS SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Rakyat yang mempunyai kriteria seperti berikut adalah layak untuk mendapat bantuan ini:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan SARA MyKasih 2025 ini adalah secara terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima iaitu secara TANPA TUNAI.

Tujuan mekanisme pengkreditan ini adalah untuk membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

SEMAK JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima boleh merujuk rajah dibawah untuk mengetahui jumlah bantuan yang bakal diperoleh secara keseluruhan dan juga nilai kemasukan bantuan setiap bulan:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/
MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima yang baharu dan sedia ada boleh membuat semakan status dengan berpandukan langkah-langkah dibawah. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan seperti berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH

Bantuan yang disalurkan melalui kad pengenalan penerima boleh digunakan untuk membuat pembelian di kedai runcit atau pasaraya yang berdaftar. Langkah-langkah cara pembelian adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment