SEMAK KELAYAKAN PLKN 2026 (SIRI 1)
Sebelum ini, Program Latihan Khidmat Masyarakat ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 kerana merupakan satu langkah rasionalisasi dalam perbelanjaan. Kemudian, ia telah diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 di mana jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.
PLKN ditransformasikan dan diadakan kembali pada tahun 2025 sebagai program pembangunan diri, patriotisme, serta pemupuk perpaduan yang lebih segar dan relevan.
Bagaimanakah semak kelayakan PLKN? Sila ikuti penerangan seterusnya di bawah untuk ketahui lebih banyak lagi info.
BACA JUGA: PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Disember 2003 merupakan titik mulanya PLKN diperkenalkan sebagai program mengandungi modul latihan untuk tiga bulan yang meliputi fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
Struktur program ini merangkumi latihan asas Ketenteraan yang mengandungi aspek seperti kepimpinan, ketahanan diri, dan banyak lagi.
Elemen Kenegaraan pula adalah dipupuk dengan pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara dan sebagainya.
Elemen Khidmat Masyarakat pula meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, pengalaman di agensi awam, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan serta banyak lagi.
PELAKSANAAN SEMULA KELAYAKAN PLKN 2026
Kementerian Pertahanan telah diarahkan semula untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep serta format baharu. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025.
Pelaksanaan kali ini melibatkan 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik digunakan untuk progam kali ini.
Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegaraan (70%).
Modul asas ketenteraan ini dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan yang mana berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman diri serta latihan berkumpulan.
Di samping itu, modul asas kenegaraan yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, elemen cinta akan negara dan juga elemen perpaduan.
SEMAK KELAYAKAN PLKN 2026
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bersama Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ingin memaklumkan bahawa, PLKN 3.0 bagi Siri 1 untuk 2026 akan diadakan bermula pada 17 JANUARI sehingga 03 MAC 2026.
Dua buah tempat akan terlibat untuk melaksanakan program ini yang mana melibatkan dua buah tempat kem Askar Wataniah (AW) iaitu Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW), Pekan Pahang. Terdapat empat (4) siri latihan PLKN3.0 akan dilaksanakan kelak untuk tahun 2026.
Sehubungan itu, semakan kepada bakal pelatih (SIRI 1/2026) bagi yang daftar dengan KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh dilakukan seperti ketetapan berikut:
- Tarikh : 08 DISEMBER 2025 (ISNIN)
- Masa : JAM 04.00 PETANG
- Laman Sesawang / Pautan Sistem ePLKN 3.0: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
Proses pendaftaran dan pentadbiran bagi para pelatih yang TERPILIH selepas melakukan semakan perlu MENGESAHKAN KEHADIRAN melalui sistem ePLKN 3.0 sehingga 25 DISEMBER 2025.
Kemudian, sila tekan butang DAFTAR bagi membuat pengesahan kehadiran di dalam sistem ePLKN bagi siri 1/2026.
Pemilihan sebagai calon simpanan (Siri 1/2026) perlu dibuat semakan semula pada 29 Disember 2025. Tempoh sebagai calon simpanan adalah tertakluk selama 1 tahun (2026).
Seterusnya untuk siri-siri latihan PLKN, pihak JLKN akan memaklumkan secara berperingkat kelak dan bakal pelatih diingatkan supaya sentiasa peka dengan pengumuman di saluran rasmi JLKN supaya dapat menyemak sistem ePLKN dari masa ke semasa.
RUJUKAN
Sebarang info terkini dan baru mengenai permohonan sebagai Sukarela PLKN 3.0 siri 2026, anda boleh merujuk kepada saluran berikut dari masa ke semasa:
- Facebook Program Latihan Khidmat Negara
- Laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN): https://jlkn.mod.gov.my/