SEMAK ISMP KPM 2024 : BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, calon boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk bagi menampung yuran pengajian anda semasa dan selepas tamat belajar kelak.
Bagaimanakah ISMP KPM 2024? Ikuti panduan lengkap di sini.
BACA JUGA : CHECK MQA IPTA : SEMAK STATUS KELULUSAN.
SYARAT PERMOHONAN ISMP
Calon yang ingin membuat permohonan biasiswa ISMP perlulah menepati syarat kelayakan di bawah:
- Calon mestilah Warganegara Malaysia.
- Umur calon tidak melebihi 25 tahun.
- Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini.
- Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan.
- Dibuka kepada pelajar Universiti Awam sahaja.
- Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
TARIKH SEMAK ISMP
Tarikh permohonan biasiswa ISMP boleh disemak mulai 3 September 2024 (Selasa), jam 3:00 petang. Calon hendaklah sentiasa bersedia untuk semakan agar persediaan seterusnya dapat dibuat awal.
SEMAK ISMP KPM
Permohonan biasiswa ISMP perlu disemak di pautan yang betul. Berikut merupakan langkah semakan biasiswa ISMP KPM 2024:
- Layari pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ untuk semakan.
- Selesai.
RUJUKAN
Calon-calon yang mempunyai kemusykilan mengenai biasiswa ISMP, boleh terus hubungi pihak berkuasa di :
- Laman web : https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
- No. Telefon : 03-8321 7113 / 7138 / 7151 / 7157 / 7159
- E-mel: [email protected]