SEMAK DUIT DALAM IC (2025 ONLINE)

SEMAK DUIT DALAM IC (2025 ONLINE)

Pengeluaran duit bantuan yang disalurkan ke dalam kad pengenalan penerima bantuan SARA MyKasih adalah sama sekali tidak boleh dek penggunaan kad pengenalan di sini hanyalah sebagai verifikasi penerima bantuan sahaja.

Oleh itu, orang ramai diminta agar tidak tertipu dengan dakwaan yang tidak sah dan tidak benar itu bagi mengelakkan berlakunya masalah kerugian bagi pihak anda.

Bagaimanakah semak duit dalam IC? Ikuti info lengkap mengenai bantuan SARA ini di dalam artikel di bawah.

BACA JUGA: CARA BELI MINYAK MASAK PEKET : ECOSS SUBSIDI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan yang diperlukan untuk menerima manfaat daripada bantuan secara bulanan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAK STATUS PENERIMA DUIT BANTUAN DALAM IC

Penyaluran bantuan kepada penerima boleh disemak dengan merujuk dua panduan berikut:

  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
    1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
    2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
    3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
    4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    6. Klik [Semak Status].
    7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
    9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
    1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
    3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
    4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
    5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
    7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    8. Semakan Permohonan
    9. Maklumat Pembayaran
    10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    12. Selesai.

SEMAK PANDUAN GUNA DUIT DALAM IC

Penerima boleh merujuk panduan dibawah untuk ketahui cara membeli dengan betul:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

Leave a Comment